Tayar & alignment
Tayar haus sebelah
Bunga tayar haus di bahagian dalam/luar saja, steering lari atau kereta tarik sebelah.
Tayar haus sebelah bukan sekadar isu tayar. Ia biasanya tanda alignment, camber/toe atau komponen suspension perlu diperiksa sebelum tayar baru ikut rosak.
Simptom biasa
Tanda yang pemandu biasanya perasan dahulu.
- Bunga tayar haus bahagian dalam atau luar saja.
- Steering lari walaupun jalan lurus.
- Kereta tarik sebelah.
- Tayar cepat botak selepas alignment lama tak dibuat.
Punca biasa
Kemungkinan awal, bukan keputusan muktamad.
- Alignment toe/camber lari.
- Tekanan tayar tidak seimbang atau tayar jarang rotate.
- Lower arm bush, ball joint, absorber atau bearing longgar.
- Rim bengkok selepas langgar lubang.
Jangan terus pandu kalau
Tanda yang perlu diberi perhatian.
- Tayar nampak benang, bengkak atau botak teruk sebelah.
- Steering gegar kuat atau kereta susah dikawal.
Nasihat pandu
Pandu dengan berhati-hati
Elakkan pandu jauh atau laju. Kalau simptom makin kuat, lampu amaran muncul, atau rasa kawalan berubah, berhenti dan minta mekanik check.
Semak dahulu
- Lihat bahagian haus: dalam, luar, tengah atau bertompok.
- Check tekanan tayar semua roda.
- Perhatikan steering lari, gegar atau kereta tarik sebelah.
- Minta alignment report dan inspection suspension sebelum tukar tayar.
Kos kasar Malaysia
Berubah ikut model, lokasi dan bengkel.
- Alignment / balancingRM40-140
Minta printout alignment kalau boleh.
- Tyre rotation / pressure checkRM0-60
Boleh panjangkan umur tayar jika haus belum teruk.
- Suspension bush / arm / absorber repairRM180-1,500
Kos ikut komponen yang longgar atau rosak.
Apa nak cakap dekat mekanik
Boss, tayar saya haus sebelah [dalam/luar/depan/belakang]. Steering [lari/gegar/normal]. Boleh check alignment, camber/toe, tyre pressure, lower arm, absorber, ball joint dan bearing?
Berkaitan
Simptom yang selalu berkait
Rosak.my bagi diagnosis awal berdasarkan simptom. Bukan pengganti pemeriksaan mekanik profesional, diagnosis fizikal, atau bantuan kecemasan.