Rosak.my
Semua masalah
Risiko sederhanaBoleh pandu

Fuel economy

Kereta makan minyak

Minyak cepat habis, penggunaan petrol naik mendadak atau range jatuh banyak.

Makan minyak biasanya perlu dibandingkan dengan corak pemanduan, traffic dan servis terakhir. Kalau naik mendadak, check sensor, ignition, tayar dan kemungkinan fuel leak.

Simptom biasa

Tanda yang pemandu biasanya perasan dahulu.

  • Petrol cepat habis berbanding biasa.
  • Range meter turun mendadak.
  • Ada bau petrol atau asap ekzos pelik.
  • Check engine menyala bersama penggunaan minyak tinggi.

Punca biasa

Kemungkinan awal, bukan keputusan muktamad.

  • Spark plug, ignition coil atau air filter sudah lemah/kotor.
  • Oxygen sensor, MAF/MAP sensor atau throttle body memberi bacaan tidak tepat.
  • Tayar kurang angin, alignment lari atau brake dragging.
  • Fuel leak atau bau petrol yang perlu diperiksa segera.

Jangan terus pandu kalau

Tanda yang perlu diberi perhatian.

  • Ada bau petrol kuat atau nampak minyak menitis.
  • Check engine berkelip, enjin semput kuat atau asap tebal.

Nasihat pandu

Boleh pandu

Biasanya boleh pandu untuk urusan dekat, tapi buat pemeriksaan awal kalau simptom berulang atau makin kuat.

Semak dahulu

  • Bandingkan penggunaan sebelum/selepas servis, traffic atau tukar tayar.
  • Check tekanan tayar dan alignment.
  • Periksa air filter dan rekod spark plug.
  • Jika ada bau petrol, jangan tunggu: minta bengkel check leak.

Kos kasar Malaysia

Berubah ikut model, lokasi dan bengkel.

  • Basic service / air filter / tyre pressureRM30-250

    Boleh selesai jika punca ringan.

  • OBD scan dan sensor cleaningRM50-180

    Scan dulu sebelum tukar sensor.

  • Oxygen sensor / ignition partsRM180-900

    Kos ikut model dan jenama part.

Apa nak cakap dekat mekanik

Boss, kereta saya kuat makan minyak sejak [bila]. Penggunaan lebih kurang [km/L atau RM]. Boleh scan OBD, check air filter, spark plug/coil, O2 sensor, tyre pressure, alignment dan pastikan tiada fuel leak?

Berkaitan

Simptom yang selalu berkait

Rosak.my bagi diagnosis awal berdasarkan simptom. Bukan pengganti pemeriksaan mekanik profesional, diagnosis fizikal, atau bantuan kecemasan.